Thursday, September 9, 2010

Engine Oil - Truth hurts

Sy baru terlihat tentang post ini di http://ondscene.my/ dan inilah yang sy cari tentang penipuan orang yang tiada hukum halal haram, dosa pahala.


Saya ada post tentang isu minyak enjin tiruan di http://akudanproride.blogspot.com/2010/06/engine-oil-secrets-revealed-and.html sebelum ini dan ramai yang tertanya2 bagaimana nak tahu beza minyak enjin ori dan tak ori..sy pun dulu pakai minyak P*****L dan bile tukar kepada minyak enjin ProRide, baru sy dapat rase kehebatan minyak enjin ori dari segi performance, bunyi enjin, fast runup dan totally jimat duit kerana jimat fuel (jika anda rasa beli minyak enjin murah menjimatkan duit anda, sila fikir lagi skali. Jika nak jimat, try ProRide, kualiti API SM tetapi harga murah berbanding lain) - memang jauh berbeza. Jadi yang masih was2 adakah anda memakai minyak ori atau tak, bleh try minyak ProRide keluaran Bumiputra (Sapura) yang tanpa ragu2 belum ditiru mana2 pihak kerana masih baru namun kualiti yang sama iaitu API SM dengan mana2 jenama yang lain tetapi pada harga yang jauh lebih murah. Bleh baca post saya tentang bagaimana nak beza kualiti minyak antara jenama di http://akudanproride.blogspot.com/2010/06/engine-oil-how-to-choose.html . Seperti contoh minyak semi syntethic Castrol Magnetec 10w40 yang dijual murah di Carefour pada harga promosi baru2 ni, boleh check adakah API SM atau API SL.

Jadi, di sempena Hari Raya yang mulia ini, pasti ramai yang servis kereta dan jika anda membeli produk2 dibawah ini, pastikan anda mendapat free gift (satu2nya perbezaan yang dapat dilihat ketika membeli antara ori dan fake oil dan satu2nya yang tidak boleh ditiru. Kenapa?baca artikel sy di http://akudanproride.blogspot.com/2010/06/engine-oil-secrets-revealed-and.html Sedangkan supplier seperti sy pun dapat free gift untuk semua enjin oil ori yang dibeli dari Sapura )

Promotion Castrol September 2010 - http://www.castrol.com/castrol/sectiongenericarticle.do?categoryId=9026961&contentId=7009754
Promotion Shell September 2010 - http://www.shell.com.my/home/content/mys/products_services/on_the_road/promotions/helix_end_user_promotion.html
Promotion Pennzoil September 2010 - http://www.pennzoil.com.my/promo.php
Promotion untuk Minyak Enjin ProRide dilanjutkan atas permintaan ramai dan juga sebab difikirkan tidak perlu tukar kerana tidak ada fake oil ProRide lagi.

Sy bukan nak promote engine oil jenama lain, tapi sy hormati pilihan masing2, tapi jika pilhan anda itu tidak mendapat free gift, maka cubalah minyak ProRide untuk tahu perbezaan fake dan ori. Juga sebagai kewajipan saya yang menjual barang automotive ini untuk memberi info ini supaya anda tidak ditipu.

Jadi, dikesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dunia akhirat. Semoga anda pulang berhari raya dengan selamat dan moga segala urusan anda dipermudahkan Tuhan. Akhir kata, hayatilah artikel dibawah ini (sumber dari http://ondscene.my/) dan Belilah barangan buatan Malaysia lebih2 lagi barangan buatan Bumiputra .Saya tertarik tentang artikel dibawah ini yang mengatakan beribu2 bengkel di negara ini menjual minyak fake kerana harga yang murah. Jadi pilihlah bengkel yang tahu hukum halal haram lagi2 bidang automotive yang banyak fake dari yang ori.. Wallahualam..




07 February 2010
Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek - Semuanya Tiruan
Labels: Jenayah, Pengguna
Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010

Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.
Image
Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.
Image
Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.
Image
Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.
Image

Image
Image
Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.
Image
Lelaki itu -"U siapa?"

Saya - "Kenapa? Ada apa masalah?"

Lalu saya menunjukkan tag nama saya.

Lelaki itu - "U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan."

Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.

Lelaki itu - " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes."

Saya - "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marah dengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?"

Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, tak taulah apa yang diadukannya.

Lelaki itu - " Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 bole(RM)?

Saya - " Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak mau."

KPDNKK -" Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu.

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini...
Image
Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun lalu.

Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis bersabit kes nakortik.
Image
Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.
Image
Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang sekali-sekala memberikan arahan.
Image
Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui.
Image
Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.
Image
Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.
Image
Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.
Image
Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.
Image
Tiada apa bezanya pembungkusan/botol dengan yang asli - semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang membezakannya ialah mungkin kelikatan/warna minyak di dalam botol itu.
Image
Dan ianya hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti yang didakwa pengeluar.
Image
Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati minyak ini diedarkan ke seluruh negara.
Image
Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.
Image
Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
Image
Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.
Image
Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah produk yang ditiru.
Image
Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.
Image
Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG mengetahui ia adalah tiruan...
Image
Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan menyiarkan entry/berita sebegini semata-mata sebagai peringatan kepada kita semua?
Image
Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa asas yang kukuh
Image
Posted by ondscene at Sunday, February 07, 2010 

1 comment:

aji said...

BAHAYA BETUL LAH.. minyak hitam pon nak tiruan... lepas tu bengkel boleh jual minyak tu macam minyak ori plak

Post a Comment